//TAKE MY HEART
love is cinta
Saturday, February 26, 2011 @ 4:39 AM | 0 Comment [s]

 

CINTA..CINTA..love is CINTA…

kekadang syok dengar perkataan ni..sebab rase cam..

“ wahhhhh! indahnye klu dapat memilikinye….”

“besnye..klu  diri ni disayangi...”

tp..kadang2 rase cam..

“ eee..gerunnye dengar..meluat kott!! ”

“ xnk2..aku da serik dah.malas da nk pikir sal bende ni!! ”

tp sebenarnye.. cinta itu adalah fitrah setiap manusia..

rasenye klo org yang rase xsenang dgn perkataan cinta 2..sebenarnye..mereka yang salah mentafsir apa itu cinta yg sebenarnya.. hanya pandang cinta dari sudut yang negative.. cinta monyet mungkin,cinta nafsu mungkin…cinta teruna dan dara..aha.. ini pon mungkin..

sebab sekarang ni manusia sibuk mencari cinta kepada si ‘dia’ .. apekah untuk mengisi kekosongan di jiwa?? mengisi masa lapang.. mencari tempat untuk meluahkan rasa.. mcm2 lagi yg terase..semuanya hanya boleh diungkap bg mereka yg pernah merasainya…Smile

love-you1-300x240

tp..jarang sekali kite fikirkan..apekah ia akan cuba mengisi poket dosa kita?? renung2kan…

ape itu cinta kerana Allah..??

“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syar’i. Itulah yang disedihkan.

Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.

1. solat telah masuk waktunya.

2. jenazah hendak dikebumikan.

3.  anak gadis telah bertemu calon suaminya

Kalau dilambatkan, buruk padahnya…

Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan.”

“Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?”

“Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani untuk bercinta lagi,” 

“tapi Kalau dah terjebak macam mane??”

“ Jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau kita rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. cuba kita muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan kita dari–Nya. Allah Maha Penyayang,”

“Praktikalnya?”

“Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya…

Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. sememangnya kita perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah,”

Sabarlah dulu pada setiap ransangan nafsu. Perkara yang Allah haramkan ni sekejap jea, Cuma dalam tempoh belum bersedia nak kahwin ni jea… perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu tu agar tak mengatasi akal.

Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting diiringi rahmat Allah S.W.T. Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasan-Nya.

heart-copy

madah Abdul Ghani, penyair sufi yang fasih di lidahnya…

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Allah Rabbi aku minta izin

Bila suatu saat aku jatuh cinta

Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang

Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta …

Bila suatu saat aku jatuh cinta

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Ya Rabbi ..

Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati

Pertemukanlah kami

Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Ya Rabbi ..

Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati

Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku

Anugerahkanlah aku cinta-Mu

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu..



Older Post | Newer Post


Photobucket

Assalamualaikum..1st of all i'm nur husna:)
nice 2 meet u guys.this is my own blog dats i wrote many story about my journey or sharing smthg moment..
and all of its i'll dedicate 2 all my followers,so keep vsiting my blog 2 kno smthg new dats i want 2 share:)..
barakallahufikum!!

  



Story About Stuff Links






This template was created by FaqihahHusni. Please inform me if I use your artwork but I did'nt mention your name. Thank You all for helping me :D Best view in Google Chrome only.
about------